chill nak join MINISTRY OF MOMENT: JUST LIKE CONTEST
tarikh tutup pada 5 december 2010
nak keterangan lanjut, lawatilah blog sis Roe
source: MINISTRY OF MOMENT
chill suka picture kat atas ni sebab ia melambangkan kebebasan seseorang itu. ibarat burung merpati yang bebas terbang tanpa pedulikan apa-apa. tapi awas, tak setiap burung merpati ini akan sentiasa bebas terbang ke mana jua. ia juga berasa terancam sekiranya ada makhluk lain mengganggu mereka dan ini menyebabkan burung merpati terpaksa berhijrah ke tempat lain yang dirasakan aman.
bagi manusia, bebas beerti mereka bebas membuat keputusan, mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahukan tanpa perlu kawalan daripada ibu bapa..kadang kala manusia juga berasa terancam dengan setiap larangan dan kritikan ibu bapa mereka. disebabkan itulah mereka akan berhijrah atau lari ke tempat lain mengikut kemahuan mereka. ini kerana, mereka merasakan mereka telah buat satu keputusan yang betul tanpa perlu campur tangan dari ibu bapa kerana mereka rasa mereka sudah pun besar dan tak perlu di konkong lagi. itulah senario yang berlaku pada masa ini.
pihak Ministry Of Moment juga bijak mengaplikasikan sesuatu perkara hanya dengan melalui gambar. setiap gambar yang mereka ambil ibarat ada maksud yang tersirat. tak semua orang dapat tafsir dan merasainya. hanya mereka sahaja yang tahu.
kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya gambar yang kita ambil itu. merepek pun ada, ntah pape pun ada. tapi, sekitanya kita mendalami gambar itu, menjiwai pastinya ada maksud tersirat di sebaliknya tanpa kita perasan pun. mungkin perasan gembira, sedih, duka, ataupun marah. semua perasan kita terserlah di dalam gambar tersebut. mungkin itu apa yang selalu di rasai oleh jurugambar di luar sana. walaupun kita tak mempunyai kamera yang canggih seperti DSLR sekalipun, sekiranya kita ada minat dan kemahiran, sudah pastinya ia akan terpancar pada gambar yang kita ambil nanti..
akhir kata, tahniah kepada pihak Ministry of Moment kerana berjaya sampai ke tahap ini. dengan bakat yang anda ada, pastinya anda dapat pergi lagi jauh. Insyaallah. keep it up!! nice work and i lovely to say that i like it very much!! thumbs up!!
tq!!
No comments:
Post a Comment