Thursday, November 25, 2010

"Jom Sertai & Menang" by efa nur


dari EFA NUR
tarikh tutup pada 3 december 2010

kalau saya jadi jutawan saya akan meluaskan bisnes saya kerana sekarang saya sedang berkecimpung di dalam bisnes online. selain itu, saya akan sedekahkan wang saya kepada anak-anak yatim dan orang yang memerlukan. ini adalah kerana saya juga merupakan anak yatim dan saya tahu bagaimana rasanya menjadi seorang yang susah. saya juga akan membawa seluruh ahli keluarga saya ke Tanah Suci Makkah kerana itulah tempat yang saya paling ingin jejaki dan tujui bukannya tempat yang mempunyai banyak barang berjenama.

kalau saya jadi jutawan juga saya akan tetap hidup bersederhana kerana saya tak mahu hidup dalam keadaan yang penuh riak dan angkuh. saya akan tetap menjadi seorang insan yang merendah diri dan sentiasa menolong orang lain. saya juga tak mahu orang lain melabel saya sebagai Jutawan Fakir kerana duit yang banyak tidak akan dihitung di akhirat tetapi amalan yang mulialah yang menjadi perhitungan di hari kebangkitan kelak. duit juga bukan merupakan medan untuk kita memenangi hati seseorang tetapi, hati yang tulus dan sucilah yang harus kita lampirkan.

dengan ini saya nak tag:

1) suria
2) wawa
3) ezzat
4) aliah
5) nur
6) semua readers yang baca blog ini

wish me luck..tq!!

1 comment: